Saracens Menyertai Kejohanan 9 Sebelah MPKj

Bangi, 4 April 2010 – PEMBINA Bangi telah menghantar pasukan Saracens ke Kejohanan Bola Sepak 9-Sebelah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Kejohanan yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi menyaksikan penyertaan dari lebih 60 pasukan daripada sekitar Daerah Hulu Langat, termasuk wakil-wakil kolej & institusi pengajian tinggi (IPT).

Namun, pasukan Saracens, di bawah kelolaan Saudara Jalil Husni, bekas Setiausaha Agung PEMBINA, hanya berjaya menduduki tangga kedua dalam kumpulan sekaligus tidak layak bertanding ke peringkat kalah-mati seterusnya. Apapun, warga PEMBINA Bangi mengucapkan tahniah kepada pasukan Saracens di atas semangat & usaha untuk mewakili PEMBINA ke kejohanan peringkat daerah ini. Semoga Allah SWT mengurniakan masa depan yang cerah buat Saracens.
Baca Selanjutnya...

Diskusi Minda – Membuka Mata Para Belia



BANGI, 10 April 2010 – Buat julung kalinya, PEMBINA Bangi telah berjaya menganjurkan program “Diskusi Minda” bertempat di Dewan Budiman, Universiti Kebangsaan Malaysia. Penganjuran “Diskusi Minda” ini merupakan yang pertama dalam siri Diskusi Minda yang bakal berlangsung sepanjang tahun di Bangi. Program dihadiri hampir 50 peserta lelaki dan perempuan.

Diskusi Minda yang pertama ini membawa tema dan tajuk “Islam Yang Semestinya Difahami”. Penceramah jemputan adalah Saudara Mohd Noor Azib b Asmangi, Naib Yang DiPertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Daerah Hulu Langat. Pembentangan menarik beliau merujuk kepada buku “Asas-asas Islam” oleh Abul a’la Al-Maududi, “Maza Yakni Intima’i lil Islam” oleh Fathi Yakan serta banyak buku lagi karangan ulama’ tersohor. Sejurus selepas pembentangan, para peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan soalan bengkel yang disediakan penganjur. Peserta kemudian membentangkan kepada para hadirin hasil perbincangan kumpulan serta resolusi yang dikemukakan.

“Penglibatan aktif dari para peserta membuktikan kefahaman terhadap pengisian yang dibentangkan”, ujar saudara Rusman Arief, hos Diskusi Minda, yang juga merupakan Penolong Ketua Cawangan PEMBINA Bangi. Beliau merujuk kepada penerimaan peserta terhadap idea-idea dan konsep-konsep yang membuka mata yang dibawakan oleh Saudara Azib.

Diskusi Minda merupakan siri pembentangan mengenai asas-asas Islam dan sejarah Islam bertujuan memupuk kefahaman & penghayatan Islam serta mengajak para peserta agar beramal untuk Islam. Diskusi Minda merupakan usahasama anjuran PEMBINA Bangi dan ISMA Cawangan Daerah Hulu Langat.







Baca Selanjutnya...

Selamat Menempuh Peperiksaan!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Seluruh warga PEMBINA Cawangan Bangi mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan bagi warga Kolej dan IPT yang akan menduduki peperiksaan dalam tempoh terdekat ini. Semoga Allah memberikan kekuatan untuk terus bermujahadah dan bersungguh dalam mengharungi detik-detik persediaan sebelum hari peperiksaan, sewaktu hari peperiksaan, dan diberikan ilham untuk bertawakkal dan bersyukur setelah hari peperiksaan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat


Daripada Abu Ya'la Syaddad ibn Aus r.a. daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah menulis (iaitu mewajibkan) Ehsan atas segala sesuatu. Apabila kamu mahu membunuh, maka perelokkanlah pembunuhan itu. Apabila kamu mahu menyembelih, maka perelokkanlah penyembelihan itu dan hendaklah kamu menajamkan mata pisau dan hendaklah dia menyenangkan haiwan sembelihannya itu. (Hadis riwayat al-lmam Muslim.)


Aizuddin Khalid
Ketua Cawangan PEMBINA Bangi


Selamat Menempuh Peperiksaan!

Baca Selanjutnya...

PEMBINA Bangi Mengajak Menyubur Kecintaan Kepada Rasulullah di KPTEK


Pada 4 Mac 2010, PEMBINA Bangi telah mengadakan satu usaha sama dengan Kelab Asy-Syakirin IPG Kampus Pendidikan Teknik bagi mengadakan satu ceramah Maulidurrasul. Ceramah ini telah diadakan di Surau Asy-Syakirin dan telah dihadiri oleh beberapa orang pensyarah dan 80 orang guru pelatih. Ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Sanusi yang juga wakil dari PEMBINA telah berjaya mengupas tahap kecintaan masyarakat pada hari ini terhadap junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW yang semakin pudar.

Dengan ceramah yang beliau sampaikan ini diharapkan masyarakat dapat menyuburkan kembali semangat kecintaan kepada Baginda SAW. Akhlak dan contoh teladan yang telah ditunjukkan oleh Baginda SAW haruslah dicontohi kerana akhlak Baginda SAW dapat memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Baginda berbuat baik kepada semua lapisan masyarakat tidak kira kecil atau besar, tua ataupun muda.

hadirin dari kalangan belia

hadirin dari kalangan beliawanis

sesi menjamu selera
Baca Selanjutnya...