AJK PEMBINA DHL menghadiri Majlis Penghargaan & Makan Malam Penganjur Bersama Kempen “Selamatkan Gaza” Bandar Baru Bangi.

Satu majlis rasmi bagi menyampaikan penghargaan kepada penganjur-penganjur bersama kempen “Selamatkan Gaza” peringkat Bandar Baru Bangi telah diadakan pada malam 13/3/2009 bertempat di Bangi Golf Resort. PEMBINA DHL antara persatuan yang paling aktif melibatkan diri dalam kempen berkenaan telah diwakili oleh para ahli jawatankuasanya (AJK). Saudara Muadz Md Zain, selaku ketua cawangan telah tampil menerima cenderahati dari pihak penganjur majlis.

Wakil PEMBINA DHL

PEMBINA DHL telah memainkan peranan besar dalam kempen “Selamatkan Gaza” yang telah berlangsung selama 2 minggu di sekitar Bandar Baru Bangi. Sepanjang kempen tersebut, PEMBINA DHL telah berperanan membuka pameran & booth jualan & sumbangan dengan kerjasama Aman Palestin Sdn Bhd di ruang legar Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi. Pada kemuncak kempen, iaitu pada rapat umum di Stadium Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, PEMBINA DHL telah berjaya menggerakkan hampir 150 sukarelawannya dari seluruh daerah Hulu Langat untuk bertugas sepanjang malam tersebut.

Kempen “Selamatkan Gaza” anjuran bersama NGO-NGO dan syarikat-syarikat korporat sekitar Bangi ini telah berjaya mengutip lebih RM150,000. Kutipan ini akan disalurkan kepada Gaza melalui agensi-agensi kemanusiaan di Malaysia.

Dr. Tajul Ariffin, Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi

Suasana majlis
Baca Selanjutnya...

Promosi PEMBINA di Malam Maulidur-Rasul UniKL MIAT


Pada 11/3/2009 - PEMBINA Daerah Hulu Langat telah menyertai Malam Kebudayaan sempena Maulidur-Rasul Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) dengan membuka meja pameran promosi PEMBINA.

Melalui pameran ini, PEMBINA berhasrat untuk memperkenalkan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kepada mahasiswa & mahasiswi UniKL MIAT. Di samping itu, PEMBINA juga ingin mengajak para belia di UniKL MIAT untuk turut serta menyertai aktiviti–aktiviti PEMBINA dan bergiat aktif mengikut kemampuan masing-masing. PEMBINA sendiri mempunyai lebih kurang 20 orang ahli dan sukarelawan yang aktif di UniKL MIAT.

Pameran PEMBINA telah mendapat perhatian ramai hadirin & hadirat program memandangkan ia sebuah persatuan Islam yang agak baru, namun kukuh, aktif dan berkembang laju. Para ahli dan sukarelawan tidak jemu menerangkan aktiviti & agenda PEMBINA.

PEMBINA berharap kehadirannya dalam program ini telah menyerikan dan menjayakan lagi program anjuran UniKL MIAT ini.

Program malam tersebut turut diceriakan dengan penampilan artis-artis nasyid terkemuka tanah air.



Baca Selanjutnya...

PEMBINA DHL bersama warga kampus UNITEN



Bangi 3 Mac 2009 – Pada 3 hingga 6 Mac yang lalu, PEMBINA cawangan Daerah Hulu Langat (DHL) telah dijemput untuk membuka gerai pameran dan jualan sempena program SERIKANDI edisi ketiga di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Program ini telah dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWANI) Persatuan Pengajian Islam(PPI) Uniten dengan harapan objektif untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar khususnya warga Uniten akan kepentingan maruah dan kehormatan diri seorang wanita.

Antara objektif yang ingin dicapai oleh PEMBINA melalui pameran dan jualan seperti ini adalah untuk memperkenalkan PEMBINA kepada warga kampus, membina hubungan dua hala antara PEMBINA dan persatuan-persatuan di dalam IPT, serta menjana ekonomi PEMBINA sendiri. Pameran ini turut memberi peluang kepada PEMBINA membina hubungan dengan wakil-wakil persatuan luar yang lain seperti Nisa’.


Sepanjang pameran berlangsung, PEMBINA telah memanfaatkan kesempatan yang ada dengan memaparkan tayangan video pengenalan serta aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan, mengedarkan pamphlet PEMBINA kepada orang ramai yang hadir, mengadakan jualan seperti t-shirt Nauwar dan kerepek yang dibungkus sendiri oleh PEMBINA, serta membuka penyertaan kepada warga kampus yang berminat untuk menjadi sukarelawan PEMBINA. Penyertaan sukarelawan mendapat sambutan bukan sahaja dari kalangan pelajar kampus malahan dari kalangan staf-staf di Uniten.

Setinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada sukarelawati UNITEN yang bersedia turun padang dan meluangkan masa bagi membantu mengurusi pameran dan jualan ini. Diharapkan program ini mengeratkan silaturrahim antara sukarelawan-sukarelawan dan PEMBINA. Sekalung tahniah buat pihak penganjur di atas kejayaan program yang telah dilancarkan. Semoga ruang ruang kerjasama seperti ini dapat terus diwujudkan pada masa hadapan.
Baca Selanjutnya...

Retreat Sulung PEMBINA DHL

Dengan Nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, pada hari ini, PEMBINA Daerah Hulu Langat (DHL) telah berjaya mengadakan 'Retreat' buat julung-julung kalinya. Retreat merupakan perkataan bahasa Inggeris yang membawa maksud pengunduran. Namun ianya bukanlah pengunduran disebabkan kekalahan, tetapi pengunduran yang memang dirancang untuk mengatur strategi dan langkah untuk mendepani masa depan.

Program yang bermula pagi hari ini telah dihadiri lebih daripada 40 peserta, terdiri belia dan beliawanis aktivis PEMBINA yang datang daripada pelbagai strata masyarakat dari sekitar daerah Hulu Langat, Selangor.


Peserta telah diperkenalkan dengan jawatankuasa PEMBINA DHL 2009, halatuju PEMBINA dan kemudiannya mengadakan perbincangan mengikut pecahan biro, merencanakan program dan projek yang akan dilaksanakan dalam tahun ini.

Jawatankuasa yang diketuai oleh saudara Muadz bin Mohd Zain ini dibahagikan kepada 4 biro utama.

1) Biro Dakwah & Kebajikan
2) Biro Media, Teknikal & Dokumentasi
3) Biro Rekreasi, Sukan & Kebudayaan
4) Biro Ekonomi

Perbincangan yang dilakukan lahir dengan output berupa ide-ide kasar tentang penetapan sasaran (KPI-Key Performance Index), projek, belanjawan, keperluan latihan pembangunan skil dan sumber manusia serta penetapan tarikh di dalam taqwim.



Kehadiran ahli Jawatankuasa PEMBINA Pusat turut memeriahkan program ini. Presiden dan Naib Presiden PEMBINA sendiri masing-masing telah memberikan ucap-rasmi pembukaan dan penutupan program. Beberapa poin-poin penting telah disuluh agar diberikan lebih perhatian oleh para aktivis PEMBINA dalam melaksanakan tugasan mereka.

Besar harapan penganjur agar segala hasil perbincangan dalam program Retreat ini akan berbuah menjadi amal nyata dan membawa faedah kepada diri aktivis sendiri serta masyarakat daerah Hulu Langat amnya.

Baca Selanjutnya...

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung

12 Februari 2009 – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Daerah Hulu Langat (DHL) dengan kerjasama kelab Sahabat Al-Quran UNITEN (SAQ) telah menganjurkan forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung”. Program telah berlangsung di Dataran Masjid UNITEN, Bangi. Tujuan penganjuran forum adalah untuk menjelaskan konsep cinta serta hubungan antara lelaki dan perempuan menurut Islam. Ini adalah satu usaha dari PEMBINA untuk menyangkal hari Valentine yang disambut oleh orang bukan Islam, yang telah banyak mencemarkan tasawwur & amalan sesetengah orang beragama Islam juga.

Panelis yang dijemput ke forum ini adalah Ust Fauzi Asmuni dan Dr Fazrena Azlee bt Hamid, pensyarah UNITEN yang juga merupakan ahli PEMBINA, dan dikendalikan oleh saudara Nazmie Abd Razak. Forum in telah dihadiri hampir 400 orang penonton yang majoritinya dari kalangan siswa-siswi UNITEN. Program juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IPT-IPT berdekatan.

400 belia menghadiri forum

Forum ini juga bertujuan memberi gambaran tentang kehidupan sebagai Muslim yang sangat indah dan tenang sekiranya berjauhan dari maksiat. Para panelis juga berkongsi tips untuk menghadapi perasaan-perasaan yang muncul dalam lumrah sebagai belia apabila berhadapan dengan isu pergaulan dan manejmen hati. Dr Fazrena sendiri memberikan petunjuk-petunjuk khusus buat para Muslimah agar memperoleh kekuatan diri untuk menghindari percintaan sebelum berkahwin. Para panelis juga mendedahkan beberapa ciri calon pasangan yang sepatutnya menjadi perhatian untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga sepanjang hidup.

Para peserta kemudian diberi peluang untuk bertanyakan sebarang soalan kepada para panelis berkaitan tajuk perbincangan. Ternyata, isu ini merupakan satu isu panas dikalangan belia apabila terlalu ramai orang ingin bertanya sehingga pihak penganjur terpaksa menghadkan soalan. Namun begitu, para peserta berpuas hati dengan forum & pulang dengan satu persepsi baru mengenai cinta bagi orang yang beragama Islam.

Penganjur berharap segala isi yang dibentangkan dalam program ini benar-benar menjadi petunjuk bagi para peserta yang hadir supaya dapat mengelakkan diri dari arus maksiat pergaulan yang menular dengan luas. Pandangan jauh penganjur lagi adalah agar para peserta yang akan berkahwin bijak memilih pasangan dengan kriteria yang dikehendaki agama untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

Di hujung program, para peserta disajikan dengan santapan ringan serta nyanyian nasyid dari mahasiswa UNITEN.

Pengisian program "Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung"


Petugas-petugas PEMBINA
Baca Selanjutnya...

PEMBINA DHL tawan Gunung Dato'


REMBAU 24 JAN- Cuti persekolahan yang telah bermula untuk memberi ruang kepada masyarakat Cina-Budha telah digunakan oleh PEMBINA DHL melaksanakan aktiviti bagi mengisi masa lapang belia yang berada di intitusi pengajian sekitar daerah Hulu Langat.

Kali ini PEMBINA DHL telah mencabar 11 orang pemuda untuk mendaki Gunung Dato', Rembau. Gunung ini sering dijadikan tapak perkhemahan oleh ahli PEMBINA Negeri Sembilan untuk melakukan aktiviti lasak mereka. Oleh itu, PEMBINA DHL cuba untuk merasai sendiri kehebatan gunung ini.

Alhamdulillah PEMBINA DHL telah dapat sampai ke puncak dengan hanya memakan masa sejam lima minit. Syabas kepada pemuda-pemuda Islam sekalian.

Tujuan utama diadakan program ini adalah untuk:

1. Keluar daripada rasa selesa dan melatih diri sentiasa bersedia dengan kesusahan.

2. Merapatkan persaudaraan sesama muslim.

3. Menjana nilai insan yang hebat yang sanggup berkorban demi ummah dan negara.

Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa akan datang, Insya -Allah.

Berita dipetik dari http://pembina.com.my
Baca Selanjutnya...