Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung
Panelis yang dijemput ke forum ini adalah Ust Fauzi Asmuni dan Dr Fazrena Azlee bt Hamid, pensyarah UNITEN yang juga merupakan ahli PEMBINA, dan dikendalikan oleh saudara Nazmie Abd Razak. Forum in telah dihadiri hampir 400 orang penonton yang majoritinya dari kalangan siswa-siswi UNITEN. Program juga telah dihadiri oleh pelajar-pelajar dari IPT-IPT berdekatan.
Forum ini juga bertujuan memberi gambaran tentang kehidupan sebagai Muslim yang sangat indah dan tenang sekiranya berjauhan dari maksiat. Para panelis juga berkongsi tips untuk menghadapi perasaan-perasaan yang muncul dalam lumrah sebagai belia apabila berhadapan dengan isu pergaulan dan manejmen hati. Dr Fazrena sendiri memberikan petunjuk-petunjuk khusus buat para Muslimah agar memperoleh kekuatan diri untuk menghindari percintaan sebelum berkahwin. Para panelis juga mendedahkan beberapa ciri calon pasangan yang sepatutnya menjadi perhatian untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga sepanjang hidup.
Para peserta kemudian diberi peluang untuk bertanyakan sebarang soalan kepada para panelis berkaitan tajuk perbincangan. Ternyata, isu ini merupakan satu isu panas dikalangan belia apabila terlalu ramai orang ingin bertanya sehingga pihak penganjur terpaksa menghadkan soalan. Namun begitu, para peserta berpuas hati dengan forum & pulang dengan satu persepsi baru mengenai cinta bagi orang yang beragama Islam.
Penganjur berharap segala isi yang dibentangkan dalam program ini benar-benar menjadi petunjuk bagi para peserta yang hadir supaya dapat mengelakkan diri dari arus maksiat pergaulan yang menular dengan luas. Pandangan jauh penganjur lagi adalah agar para peserta yang akan berkahwin bijak memilih pasangan dengan kriteria yang dikehendaki agama untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Di hujung program, para peserta disajikan dengan santapan ringan serta nyanyian nasyid dari mahasiswa UNITEN.