Wakil PEMBINA DHL ke Persidangan Meja Bulat Surau & NGO Bandar Baru Bangi

Saudara Nazif Emran Farid, selaku ahli jawatankuasa, telah mewakili PEMBINA DHL dalam Persidangan Meja Bulat Surau & NGO Bandar Baru Bangi. Persidangan tersebut merupakan satu inisiatif oleh Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan agenda bertindak dan bentuk – bentuk kerjasama bagi membangunkan Bangi Sebagai Bandar Ilmu. PEMBINA telah diwakili Saudara Nazif dalam 2 siri persidangan terakhirnya iaitu pada 1/3/2009 di Kompleks PKNS dan 25/4/2009 di Kelab Bangi Golf Resort.

Semoga penglibatan PEMBINA dalam usaha-usaha kerjasama dengan NGO-NGO lain dan surau-surau di Bangi ini dapat melebarkan lagi skop sumbangan PEMBINA kepada belia dan masyarakat di Bandar Baru Bangi serta melancarkan lagi usaha-usaha mengislah masyarakat secara amnya.

Majlis berjalan dengan lancar

Nazif, saudara yang berlaptop

Photo credits to Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi (PPBBB)


0 comments:

Post a Comment