Rehlah Beliawanis PEMBINA Bangi de' UPM


Bukit Ekspo atau lebih dikenali sebagi Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia telah menjadi tempat kunjungan beliawanis PEMBINA Bangi pada hari Ahad, 21 Mac, baru-baru ini.

Sekitar jam 9 pagi, para beliawanis PEMBINA telah berkumpul bagi menjayakan Rehlah de’ UPM di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi PEMBINA Bangi. Tujuan rehlah ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama beliawanis melalui aktiviti sukan dan riadah di samping merancang aktiviti Pembina Bangi beliawanis.

UPM telah menjadi destinasi pertama pada rehlah kali ini dan Bukit Ekspo menjadi tempat pilihan. Bagi mereka yang tidak pernah mengunjungi Bukit Ekspo UPM pasti akan terpesona dengan keindahan semulajadi yang terdapat di sini. Malah, di kalangan beliawanis yang hadir, ada yang bekerja di UPM namun tidak menyangka tempat sebegini wujud di dalam UPM. Dikelilingi oleh pohon-pohon yang rendang dan dihiasi dengan alat-alat senaman menjadikan Bukit Ekspo tempat yang paling sesuai bagi aktiviti-aktivi riadhah dan rekreasi.

Berbekalkan sedikit juadah sarapan bagi membuka selera dan menambah tenaga, perbincangan dimulakan dan disusuli dengan aktiviti fizikal. Walaupun beliawanis sentiasa bersedia untuk melakukan aktiviti riadhah yang lebih mencabar, namun disebabkan kebanyakannya tidak memakai kasut yang sesuai, maka cukuplah sekadar bola beracun. Adakah ini alasan? Tentu sekali tidak.. Seterusnya, rehlah diteruskan dengan aktiviti ‘brisk walk’ sekitar bukit ekspo dan keliling tasik dan berakhir sekitar 12 tengahari.











Aktiviti rehlah ini akan diteruskan pula bagi bulan-bulan yang seterusnya di IPT-IPT sekitar Bangi seperti UKM, KPTM, UNITEN dan banyak lagi. Nantikan kemunculannya di IPT anda.

1 comments:

kamal said...

Assalamulaikum..Kami ingin memawarkan tempat berkursus di kem Lambaiana Air Terjun, Sg Gabai, Hulu Langat, Selangor, Kemudahan seperti asrama, chalet, dewan ceramah, surau, dewan makan dan lain- lain, boleh buat aktiviti kembara, dan lain- lain, harga RM38 siap makan, jika nak masak sendiri atau berkhemah pon boleh- hubungi kamal-019-6675877

Post a Comment