Mesyuarat Jawatankuasa PEMBINA DHL dipengerusikan Ketua Cawangan Baru



Mesyuarat terbaru AJK PEMBINA DHL pada 4/8/2009 telah dipengerusikan Ketua PEMBINA Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL) yang baru iaitu Saudara Aizuddin b Khalid. Mesyuarat tersebut merupakan mesyuarat pertama yang dipengerusikan beliau semenjak peralihan portfolio yang berkuatkuasa pertengahan Julai lalu. Dalam ucapan pendahuluan mesyuarat tersebut, Saudara Aizuddin telah berpesan agar para ahli jawatankuasa PEMBINA DHL berlaku amanah, berakhlaq, bekerja dan ikhlas dalam amal. Beliau juga telah mengajak para AJK agar menghidupkan budaya berorganisasi disamping menjiwai objektif dan sasaran PEMBINA DHL dan bersungguh-sungguh menjayakannya. Beliau juga menyeru agar setiap biro bekerja dengan cergas, responsif dan penuh tanggungjawab kerana tugasan ini adalah amanah dari umat Islam.

Semoga barisan jawatankuasa PEMBINA DHL pimpinan Saudara Aizuddin akan meneruskan kecemerlangan dan meningkatkan prestasi dan pencapaian PEMBINA DHL. PEMBINA DHL bercita-cita menggarap seramai mungkin belia dan mahasiswa sekitar daerah Hulu Langat untuk menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.

0 comments:

Post a Comment