PEMBINA DHL Dekati Warga UKM di Pesta Konvokesyen ke-37
Pada 12 hingga 18 Ogos 2009 lalu, PEMBINA Cawangan Daerah Hulu Langat (DHL), telah berjaya membuka gerai pameran dan jualan di pesta konvokesyen UKM. Sepanjang minggu pesta tersebut, PEMBINA telah cergas mempromosikan persatuan serta aktiviti-aktiviti PEMBINA kepada para pengunjung gerai. Hasil pameran dan promosi, ramai pengunjung telah mendaftarkan diri untuk menyertai PEMBINA, rata-rata dari pelajar-pelajar UKM sendiri.
“Saya tak sangka rupanya ramai pengunjung yang telah lama mengenali PEMBINA. Cuma mereka tak jumpa jalan menyertainya dan seronok apabila pendaftaran dibuka semasa booth tersebut”, ujar Aizuddin Khalid, ketua cawangan PEMBINA DHL yang turut serta bertugas di gerai pada malam terakhir pesta. “Saya harap, detik ini akan membuka lembaran baru antara PEMBINA DHL dan siswa-siswi UKM seluruhnya”
Projek jualan pula adalah sebahagian usaha PEMBINA DHL untuk meningkatkan ekonominya serta memberi pengalaman kepada ahli-ahlinya mencebur diri dalam aktiviti perniagaan. Segala keuntungan jualan akan dimasukkan ke tabung PEMBINA DHL yang akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti akan datang. Saudara Nazif Emran, selaku pengurus projek ini menegaskan bahawa pencapaian yang paling berharga bagi PEMBINA adalah pengalaman menguruskan gerai jualan tersebut atas usaha belia sendiri. Beliau berharap semoga pengalaman ini akan bermanfaat untuk projek-projek ekonomi seumpamanya di masa akan datang.
PEMBINA DHL ingin menyampaikan penghargaan kepada pihak penganjur pesta konvokesyen UKM yang telah memberi peluang kepada PEMBINA DHL untuk membuka booth sepanjang minggu di tapak pesta tersebut. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang telah bekerjasama menjayakan booth PEMBINA: para pembekal produk jualan serta para petugas & sukarelawan yang sanggup siang dan malam berjaga di booth. Semoga Allah Taala merahmati usaha kita semua.
0 comments:
Post a Comment