Pengumuman: Pertandingan Bowling Anjuran PEMBINA Bangi di South City Bowl, Seri Kembangan (Lelaki sahaja)



Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Bangi akan mengadakan suatu pertandingan boling 4-a-side pada hari Sabtu, 13 Mac, 2010. Acara yang julung-julung kalinya dianjur oleh PEMBINA ini ialah untuk merapatkan persaudaraan di antara pelajar-pelajar di pelbagai institusi pengajian tinggi di sekitar Bangi serta untuk memperkenalkan PEMBINA kepada para peserta. Berikut adalah maklumat tentang pertandingan tersebut:

Tarikh: 13 Mac, 2010 (Hari Sabtu)
Masa: 9.00 pagi hingga 12.30 tgh
Tempat: South City Plaza
Penyertaan: 4 orang (lelaki sahaja) satu pasukan.
Yuran penyertaan: RM 15.00 seorang (3 game + sepasang kasut + makan pagi)
Contact person:
Hussain - 0196263686

Dijemput semua untuk datang beramai-ramai untuk memeriahkan lagi pertandingan ini. Jika anda tiada pasukan, anda boleh datang untuk menubuhkan pasukan ad hoc pada hari tersebut. Penyertaan anda amat dialu-alukan. Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment