Seminar Budaya IPT: PEMBINA IPGM-KPI Mengorak Langkah
Pada 20 Julai 2009 yang lepas, Institut Perguruan Pendidikan Malaysia Kampus Pendidikan Islam (IPGM KPI) dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah menganjurkan satu Satu Seminar Budaya di IPT dan Peranan Mahasiswa untuk pelajar-pelajar ambilan baru sesi Julai 2009.Seminar tersebut adalah di bawah anjuran Biro Kebudayaan dan Kesenian IPGM KPI dan PEMBINA dan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar baru tentang budaya dan cara hidup yang berlandaskan Islam di IPT dan peranan yang dituntut sebagai insan bergelar mahasiswa, selain memperkenalkan PEMBINA kepada mereka.
Pengisian telah disampaikan oleh penceramah jemputan daripada PEMBINA Gombak iaitu saudara Usamah. Pengisian berkisar tentang tabiat mahasiswa yang sepatut dan tidak sepatutnya, budaya dalam pendidikan, serta peranan dan langkah pelajar sebagai mahasiswa dan umat bangsa yang hebat.
Sambutan daripada para pelajar amat menggalakkan dan ramai antara mereka yang telah mengisi borang sukarelawan PEMBINA.
Seminar yang telah dianjurkan merupakan aktiviti julung kali di bawah PEMBINA IPGM KPI dan banyak memberikan pengalaman dan pengajaran kepada ahli-ahli PEMBINA IPGM KPI yang telah berkerjasama dalam menjayakannya.
Semoga seminar tersebut menjadi titik tolak kepada bertapaknya PEMBINA di IPGM KPI dengan lebih meluas dan lebih rasmi.
PEMBINA IPGM KPI,
Akh Husain
1 comments:
PEMBINA KL...
Post a Comment