Ubat yang merosakkan



Artikel kali ini menyentuh tentang pengalaman penulis ketika berada dalam pengajian tahun 3 sebagai pelajar perubatan. Mudah-mudahan dapat diambail pengajaran dan manfaat supaya tahap pengetahuan masyarakat dapat dipertingkatkan seterusnya dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang boleh dicegah (preventable disease).

Seorang pelajar yang berumur sekitar 17 tahun, belajar di politeknik di salah sebuah negeri di utara Malaysia dimasukkan ke dalam wad setelah mengadu tidak dapat buang air kecil dan kakinya semakin membengkak.

Doktor pakar buah pinggang (nephrologist) yang bertugas ketika itu berkata pesakit ini mengalami kegagalan buah pinggang kesan daripada pengambilan ubat yang salah dan memerlukan pembedahan untuk pemindahan buah pinggang (renal transplant).

Doktor pakar ketika itu meminta saya membawa pesakit berjumpa dengan seorang pesakit lain yang telah menjalani pemindahan buah pinggang untuk bertanya bagaimana taraf kehidupan (quality of life) selepas menjalani pembedahan tersebut.

Ketika dalam perjalanan membawa pesakit itu, saya sempat bertanya, bagaimana beliau boleh mendapat masalah kegagalan buah pinggang untuk berfungsi sedangkan beliau masih muda, tidak ada sebarang penyakit buah pinggang keturunan dan tidak ada penyakit-penyakit lain.


Beliau menerangkan, ayah beliau mempunyai penyakit Gout, (tinggi paras asid urik dalam darah) yang boleh menyebabkan sakit batu karang serta bengkak tangan dan kaki. Ayah beliau sedang menjalani rawatan untuk penyakit tersebut. Pada suatu hari, beliau mengadu mengalami sakit di bahagian kaki. Ayah beliau terus menyatakan bahawa beliau juga mengidap Gout dan memberi makan ubat yang sama. Ubat penyakit Gout, mempunyai kesan menghilangkan sakit (pain killer). Kesannya, pelajar itu rasa sakitnya hilang dan yakin dengan diagnosis yang diberikan oleh bapanya. Kesannya, mreka berdua makan ubat yang sama secara berterusan.

Bila saya tanya, macam mana boleh dapat ubat Gout daripada farmasi sedangkan beliau tiada preskripsi doktor, beliau berkata beliau menggunakan preskripsi bapanya. Akhirnya, si anak mengalami kegagalan fungsi buah pinggang kerana ubat yang digunakan tidak bersesuaian dengannya.

Isu-isu pengajaran

Tugas untuk men’diagnose’ sesuatu penyakit harus diberikan kepada doktor terlebih dahulu kerana mereka dilatih untuk mengesan penyakit (paling kurang penyakit-penyakit biasa). Saya tidak menyatakan bahawa tidak boleh berjumpa dengan pakar-pakar yang bukan doktor, tetapi setidak-tidaknya berjumpa lah doktor dahulu untuk kita mengeluarkan (exclude) penyakit-penyakit yang biasa (common) daripada senarai kemungkinan.

Setiap ubat mempunyai kesan rawatan (theraputic effect) dan kesan sampingan (side effect). Justeru, untuk mengambil ubat, nasihat doktor dan ahli farmasi adalah penting supaya kesan toksid daripada ubat-ubatan dapat dielakkan. Seseorang pesakit tidak boleh menggunakan preskripsi ubat orang lain untuk mendapatkan ubat untuk dirinya kerana penyakit yang dialami mungkin berbeza walaupun simptom-simptom yang dihadapi sama.

Mudah-mudahan coretan pengalaman ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca seterusnya diambil manfaat bagi menjauhi penyakit-penyakit yang boleh dielakkan. Sesungguhnya mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat.


Naim Yaakob

PEMBINA DHL
Pelajar Perubatan PPUKM

4 comments:

shako said...

nice post doc...
nak tanya...selalunya..kalo adek beradik ana demam, ubat demam kitorg yg lebih2 dan disimpan dalam peti ais diberikan kepada nya..
ni sebelum H1n1 la..sebab mak ana cam dah yakin, kalo pegi klinik je, mesti doc bg ubat yang same....
adekah ini dikategorikan seperrti di atas..?

zaidrais said...

Slm,
Untuk kes nta, ana b'pendapat boleh jadi seperti di atas kerana simptom demam boleh jg berlaku pada penyakit2 yg lain. Tak semestinya H1N1.
Dan ubat yg disimpan d dlm peti ais tak semestinya elok lagi untuk digunakan..

Mengikut pengetahuan ana, ubat dari bentuk cecair kebanyaknnya tidak boleh digunakan lebih dari 1-2 minggu selepas seal penutup botol itu d buka. Sebab bleh jadi mende lain kalo biar begitu(toksik, defect) walaupn d simpan d dlm peti ais.

Kiranya dlm bentuk pil, jgn letak d dlm peti ais(sbb lembab). Ubat bleh jadi defect. Dan biasanya ada tarikh luput di sertakan pd ubat pil.

Untuk tmbahn pada tajuk... ubat jg boleh merosakkn skiranya slh CARA memakannya.
e.g.: skiranya label ubat mengatakn mkn ketika 'after meal', tak bmaksud utk mkn sejurus slps mkn, tetapi slps stgh sehingga 1 jam slps santapan. eg2: Jgn trus baring atau tido slps mkn. Ada kes org meninggal kerana itu. Dan ada lagi cara pemakanan ubat yg lain(bleh cari sendiri kot)

Tapi, better bakal doc yg jelaskn. Lagipn, ana hanya plaja computer scince.. tlg betulkn sekiranya ada fact yg slh

Wallahu'allam

naim_yaakob said...

assalamualaikum warahmatullah

maaf atas kelewatan menjawab persoalan.
Sebelum saya menjawab, saya kene clarify bahawa persoalan di atas adalah lebih tepat untuk dijawab oleh pharmacist. kerana mereka lebih involve dalam penghasilan ubat-ubatan berbanding saya. tetapi saya akan jawab setakat ilmu yang saya mampu dan saya boleh bagi panduan untuk saudara saudari membuat rujukan.

Pertama, secara umumnya,ubat yang di bungkus (seal) dalam strip seperti panadal (paracetamol, uphamol) mempunyai jangka hayat (shelf life) lebih lama berbanding ubat yang dibancuh (suspension).

Apa contoh ubat yang dibancuh (suspension) ?
Contoh yang paling mudah ialah antibiotik. Antibiotik hanya boleh bertahan selama 2 minggu. Selepas 2 minggu, antibiotik tidak sepatutnya diambil lagi. Antibiotik sepatutnya habis sebelum ia tamat tempoh tidak kira pesakit telah sihat atau pn masih sakit.

Untuk memudahkan penerangan, saya simpulkan bahawa:
1. setiap ubat mempunyai jangka hayat (shelf life) tertentu.
2. Sila rujuk pada label ubat untuk mengetahui jangka hayat ubat tersebut. Lain ubat, lain jangka hayatnya.
3. Selepas tarikh yang tertera, ubat tersebut tidak sepatutnya diambil lagi.

Setakat itu sahaja yang saya termampu. Allahu a'lam.

zaidrais said...

Shukran atas penerangan yg lebih detail..
Ana tak amik medic, sbb tu igt sikit2 apa yg ana baca/tahu dari mereka yg amik medic..
Wallahu'allam

Post a Comment